MANUAL PERMOHONAN
PROGRAM MATRIKULASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.
Semua pelajar Sekolah Kerajaan dan Sekolah
Bantuan Kerajaan boleh menggunakan
kemudahan PMI.
kemudahan PMI.
2.
Sekolah kategori berikut boleh menggunakan PMI: (kecuali jika bermasalah)
A. Sek. Berasrama Penuh (SBP)
/ Sek. Berasrama Penuh Integrasi (SBP Integrasi)
B. Maktab Rendah Sains MARA
(MRSM)
C. Sekolah Menengah Teknik (SMT)
D. Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) Persekutuan/ Negeri/ lain-lain.
E. Sekolah Menengah Kebangsaan
(SMK).
F. Sekolah Menengah Jenis
Kebangsaan Cina/ Tamil (SMJKC/T).
3.
Cara Permohonan.
3.1.
Pelajar sekolah tersebut perlu membayar RM6.00 kepada kaunselor/guru
yang bertanggungjawab mengurus PMI di sekolah berkenaan.
3.1.1. Kaunselor/guru mengisi borang
pesanan yang dikirim oleh Bahagian Matrikulasi pada ruangan yang berkenaan dan
menyediakan senarai nama pelajar dan nombor kad pengenalan mereka.
3.1.2. Borang pesanan ditunjukkan di
kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN). Senarai nama pelajar dan nombor kad
pengenalan mereka diberikan kepada kerani kaunter di BSN untuk tujuan
merekodkan nombor kad pengenalan pada resit BSN dan diambil kembali selepas
urusan merekod selesai.
3.2.
Pelajar juga boleh membeli nombor PIN di mesin ATM BSN. (bagi pemegang kad
akaun Giro/Wadiah BSN Sahaja.
3.2.1. Sila ikut arahan yang tertera
di skrin mesin ATM bagi permohonan Matrikulasi KPM. Nombor PIN akan tercetak di
slip yang dikeluarkan oleh mesin tersebut.
3.2.2. Sekiranya anda tidak mempunyai Kad Pengenalan ATAU mendapat Kad Pengenalanselepas pendaftaran
SPM, sila gunakan nombor Lembaga (No LPM) seperti yang tercatat dalam slip
pendaftaran SPM tahun semasa untuk membuat permohonan melalui internet (PMI) di
kaunter BSN sahaja.
3.2.3. Kaunselor/guru akan
kemana-mana cawangan BSN dan membayar RM6.00 bagi setiap pelajar. Bayaran
dibuat atas nama 'Pengarah Bahagian Matrikulasi
KPM' dengan nombor akaun: 1410 0290 0021 1897 dan kod organisasi pada slip BSN
ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
ditulis dengan nombor kod: A2657500. (Klik di sini - Contoh Resit BSN)
3.2.4. Kaunselor/guru pastikan
maklumat yang dicetak pada resit BSN betul seperti yang sepatutnya. Maklumat
mesti tercetak pada resit BSN ialah:
Pengarah
Bahagian Matrikulasi KPM (BUKAN BPKP, Jab. Pengajian
Tinggi, BPG
dsbnya)
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Nombor PMI 5 Digit.
Nombor akaun: 1410 0290 0021 1897
Nombor Kad Pengenalan Pelajar
Nombor PMI 5 Digit.
3.2.5. Pelajar menerima salinan resit BSN
daripada kaunselor/guru. Pelajar boleh memohon dengan melayari web Kementerian
Pelajaran Malaysia KPM di http://www.moe.gov.my
mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012 dengan memasukkan nombor
kad pengenalan DAN nombor PMI.
PANDUAN PERMOHONAN KE PROGRAM
MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Nota : Sila Key-in No Kad Pengenalan dan 5 Digit No. Pengenalan Individu (PIN) yang
terdapat dalam slip
BSN
masing-masing untuk meneruskan proses mengisi borang.
2. PERMOHONAN mulai 1 Julai hingga 10 Oktober 2012.
Permohonan
calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat
daripada tarikh tutup tidak akan diproses.
3.
SEMAKAN
PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan
permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan
bulan Februari 2013 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
4.
SEMAKAN
KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan
keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan
bulan April 2013 untuk mengetahui
status permohonan.
5. SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Pelajar perlu mencetak sendiri
surat tawaran dan membawa bersama semasa calon mendaftar di kolej-kolej
matrikulasi pada tarikh ditetapkan. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut
dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
6. RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak
berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari
tarikh pengumuman keputusan permohonan.
Rujukan :
|
Panduan
Mengisi Borang Untuk Permohonan Melalui Internet (PMI)
|