Wednesday 3 October 2012

PROGRAM PRA DIPLOMA-UTHM

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 5...

Assalammualaikum w.b.t...Cikgu harap semua pelajar Tingkatan 5 masih lagi bersemangat meneruskan perjuangan untuk peperiksaan percubaan kali ke 2 yang akan bermula pada 15/10/2012 hingga 19/10/2012. Untuk makluman semua, Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) kini sedang memberi peluang kepada pelajar Tingkatan 5 , 2012 untuk membuat permohonan bagi Program Pra Diploma dalam bidang kejuruteraan. Para pelajar boleh mendapatkan maklumat lanjut di http://uhsb.uthm.edu.my/kutechedu. Permohonan adalah secara online dan berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan yang lalu. Cikgu berharap pelajar yang berminat dapat mengambil peluang ini dan membuat permohonan.